Menanti yang tak pasti
Thursday, 10 December 2015 • 3:09:00 pm • 0 comments
thats all .
A Z N I
" Jangan pinta aku untuk tidak berubah .
Thursday, 28 May 2015 • 4:47:00 pm • 0 comments
" kau dah berubah ?"
Ya aku dah berubah . Sampai bila aku mahu menanti . Sampai bila aku mahu berada di takuk yang sama . Salah kah aku buat perubahan ni . Aku cuma tak mampu nak bertahan walaupun cinta dan kasih aku buat kau sungguh hebat . Aku punya perasaan . Aku dah penat menangis . Aku sangat kecewa tahu tak . Maaf aku dah berubah .
Berubah untuk tak lagi menanti . Berubah untuk tak lagi cuba mencintai dan menyayangi kau . Aku takut kalau aku tetap menanti lagi aku bertambah sakit . Kita tunggu masa aje yang menentukan . Memang aku tak rela nak hadap semua ni , cuma aku terpaksa . Aku tak kuat tahu tak .
Gila semua ni . Aku jauhkan diri dari kau . Aku kalau boleh tak mahu ingatkan kau walaupun terkadang aku leka sampai masih mengingatkan kau . Biarkan aku bebas . Biarkan aku pergi sejauh mungkin . Aku ikhlas untuk pergi . Aku redha segala yang berlaku .
Maaf kalau aku tinggalkan kau buat selamanya . Bukan aku tak ada perasaan . Berapa kali aku perlu beri tahu kerana aku punya perasaanlah aku buat begini . Aku terpaksa sakitkan kau . Dan diri aku sendiri . Cuma aku tak pasti adakah kau betul sakit hati . Atau cuma aku yang menanggungnya .
Aku mahu larikan perasaan ini daripada kau . Aku tak mahu ia tetap lekat di samping kau tanpa pernah kau sedari lagi . Aku tak mahu lagak macam orang bodoh menanti benda yang tak pasti . Ya , kita agaknya memang bukan di takdirkan untuk bersama . Kau dan aku berbeza . Dua dunia yang tak boleh disatukan .
Aku harap waktu segera berputar . Aku harap masa dapat padamkan cinta aku pada kau selamanya . Aku penat meratap sedih . Aku penat menangis lagi . Aku penat menjadi pemerhati dari jarak jauh . Sakit tahu tak semua tu . Sakit macam belati yang menikam jantung .
Alangkah indah kalau aku tak pernah jumpa kau . Tak perlulah aku rasa pedih ni . Tak perlu aku membodohkan diri sendiri . Tapi semua ketentuan illahi . Siapa aku untuk menghalang qada ' dan qadar yang telah Dia tentukan untuk hidup aku .
Kau satu dugaan . Kau satu kekecewaan . Kau satu keindahan . Kau satu pengorbanan . Kau satu keperitan . Kau segalanya buat aku . Tapi itu dulu , sekarang aku telah berubah . Aku nekad untuk berubah hati . Aku sayangka perasaan aku yang ada buat tu . Cuma bodohlah kalau aku menanti buah yang tak akan pernah gugur .
Hidup aku perlu diteruskan . Diteruskan tanpa kau . Aku mahu melangkah laju dan jauh dari kau . Walau hakikatnya hati aku semakin pedih . Aku mengerti kau juga tak meninginkan aku seperti mana aku menginginkan kau . Aku dah dapat jawapannya saat aku rasa kau mula tidak lagi mempedulikan kewujudan aku .
Hah , dalam aku berkata mahu berubah . Aku tak mampu lagi nak menjiwa cinta . Ini terjadi kerana kau . Biarlah aku begini . Sungguh bila begini hakikatnya aku lagi bahagia . Aku yang tak punya perasaan . Aku yang dingin lagi beku . Aku yang plastik . Berselindung di sebalik topeng bahagia . Sedangkan hati merintih .
Aku mahu ketawa lagi . Aku mahu tersenyum lagi . Aku mahu bahagia lagi . Cuma aku semakin tak mampu untuk lakukannya . Gila , ketawa - senyum - gembira yang dibuat buat . Sungguh menyakitkan . Sungguh kelihatan seperti orang dungu dalam dunia . Aku tak mampu lagi lakukan semua itu saat aku berubah . Adakah kau mengerti .
Cuma aku mahu beri peluang hati aku mendapatkan cinta yang lain . Cinta yang daripada manusia lain yang mengerti keadaan diri yang serba kekurangan ini .
Kadang kadang aku terfikir susah sangatkah kau mahu katakan kau tak pernah cintakan aku . Aku mampu untuk terima . Cuma sekarang ni aku tak tahu apa yang kau rasakan pada diri aku . Semuanya penuh tanda tanya . Kalau satu saat nanti aku tahu kau juga mencintai aku , adakah saat itu semua dah terlambat ?
Hentikan berbicara wahai hati . Sekarang aku mahu kau tahu . Aku mahu melangkah pergi . Buat selamanya . Andai satu saat nanti kau punya cinta , jangan kau lupa meniupkan ucapan pada angin yang kau bukan untuk aku selamanya . Selama lamanya bukan untuk bersama aku . Aku akan bertamnah mengerti lagi saat itu .
Aku tak mampu lagi berbicara tentang jiwa yang berdarah ni . Aku hanya ingin ucapkan selamat tinggal buat yang pernah dicintai oleh si dungu ini . Selamat tinggal selamanya . Aku bawa hati ini bersama tanpa perlu menitipkannya lagi untuk kau .
oktober , Amira Atiya . pg//184-187
A Z N I
Rindu
Monday, 23 December 2013 • 12:58:00 pm • 0 comments
Dear kau
Aku rindu kau
Sangat-sangat
Tapi
Aku diam
Aku pendam
Aku taknak luahkan dekat kau
Sebab
Aku takut kau berharap dekat aku
Aku tak tahu
Sampai bila aku boleh tahan rindu ni
Mana kau ?
Kenape senyap je
Selalunya kau tegur aku
Tapi
Dah barape hari dah kau tak tegur
Mungkin kau busy
Takpe
Aku faham
Siapalah aku ni kau nak tegur setiap hari
Hanya sebagai kawan
Semalam aku mimpi kau
Aku mimpi kau text aku
Bila aku bangun and check phone
Ohh baru aku tahu
Itu cuma mimpi
Hanya mainan tidur
Pendam selagi boleh :)
A Z N I
Disclaimer
Hi, im AZNI. Steal anything what u can steal underline «
«
«
«
STATUS
Back to past
Credits

Edited : AZNI
Helped : ,
Background :


