Dashboard | +Follow
My Life My Rules
" Jangan pinta aku untuk tidak berubah .
Thursday, 28 May 2015 • 4:47:00 pm • 0 comments

       " kau dah berubah ?"
   Ya aku dah berubah . Sampai bila aku mahu menanti . Sampai bila aku mahu berada di takuk yang sama . Salah kah aku buat perubahan ni . Aku cuma tak mampu nak bertahan walaupun cinta dan kasih aku buat kau sungguh hebat . Aku punya perasaan . Aku dah penat menangis . Aku sangat kecewa tahu tak . Maaf aku dah berubah .

   Berubah untuk tak lagi menanti . Berubah untuk tak lagi cuba mencintai dan menyayangi kau . Aku takut kalau aku tetap menanti lagi aku bertambah sakit . Kita tunggu masa aje yang menentukan . Memang aku tak rela nak hadap semua ni , cuma aku terpaksa . Aku tak kuat tahu tak .

    Gila semua ni . Aku jauhkan diri dari kau . Aku kalau boleh tak mahu ingatkan kau walaupun terkadang aku leka sampai masih mengingatkan kau . Biarkan aku bebas . Biarkan aku pergi sejauh mungkin . Aku ikhlas untuk pergi . Aku redha segala yang berlaku .

    Maaf  kalau aku tinggalkan kau buat selamanya . Bukan aku tak ada perasaan . Berapa kali aku perlu beri tahu kerana aku punya perasaanlah aku buat begini . Aku terpaksa sakitkan kau . Dan diri aku sendiri . Cuma aku tak pasti adakah kau betul sakit hati . Atau cuma aku yang menanggungnya .

   Aku mahu larikan perasaan ini daripada kau . Aku tak mahu ia tetap lekat di samping kau tanpa pernah kau sedari lagi . Aku tak mahu lagak macam orang bodoh menanti benda yang tak pasti . Ya , kita agaknya memang bukan di takdirkan untuk bersama . Kau dan aku berbeza . Dua dunia yang tak boleh disatukan .

    Aku harap waktu segera berputar . Aku harap masa dapat padamkan cinta aku pada kau selamanya . Aku penat meratap sedih . Aku penat menangis lagi . Aku penat menjadi pemerhati dari jarak jauh . Sakit tahu tak semua tu . Sakit macam belati yang menikam jantung .

    Alangkah indah kalau aku tak pernah jumpa kau . Tak perlulah aku rasa pedih ni . Tak perlu aku membodohkan diri sendiri . Tapi semua ketentuan illahi . Siapa aku untuk menghalang qada ' dan qadar yang telah  Dia tentukan untuk hidup aku .

    Kau satu dugaan . Kau satu kekecewaan . Kau satu keindahan . Kau satu pengorbanan . Kau satu keperitan . Kau segalanya buat aku . Tapi itu dulu , sekarang aku telah berubah . Aku nekad untuk berubah hati . Aku sayangka perasaan aku yang ada buat tu . Cuma bodohlah kalau aku menanti buah yang tak akan pernah gugur .

    Hidup aku perlu diteruskan . Diteruskan tanpa kau . Aku mahu melangkah laju dan jauh dari kau . Walau hakikatnya hati aku semakin pedih . Aku mengerti kau juga tak meninginkan aku seperti mana aku menginginkan kau . Aku dah dapat jawapannya saat aku rasa kau mula tidak lagi mempedulikan kewujudan aku .

    Hah , dalam aku berkata mahu berubah . Aku tak mampu lagi nak menjiwa cinta . Ini terjadi kerana kau . Biarlah aku begini . Sungguh bila begini hakikatnya aku lagi bahagia . Aku yang tak punya perasaan . Aku yang dingin lagi beku . Aku yang plastik . Berselindung di sebalik topeng bahagia . Sedangkan hati merintih .

     Aku mahu ketawa lagi . Aku mahu tersenyum lagi . Aku mahu bahagia lagi . Cuma aku semakin tak mampu untuk lakukannya . Gila , ketawa - senyum - gembira yang dibuat buat . Sungguh menyakitkan . Sungguh kelihatan seperti orang dungu dalam dunia . Aku tak mampu lagi lakukan semua itu saat aku berubah . Adakah kau mengerti .

    Cuma aku mahu beri peluang hati aku mendapatkan cinta yang lain . Cinta yang daripada manusia lain yang mengerti keadaan diri yang serba kekurangan ini .

   Kadang kadang aku terfikir susah sangatkah kau mahu katakan kau tak pernah cintakan aku . Aku mampu untuk terima . Cuma sekarang ni aku tak tahu apa yang kau rasakan pada diri aku . Semuanya penuh tanda tanya . Kalau satu saat nanti aku tahu kau juga mencintai aku , adakah saat itu semua dah terlambat ?

    Hentikan berbicara wahai hati . Sekarang aku mahu kau tahu . Aku mahu melangkah pergi . Buat selamanya . Andai satu saat nanti kau punya cinta , jangan kau lupa meniupkan ucapan pada angin yang kau bukan untuk aku selamanya . Selama lamanya bukan untuk bersama aku . Aku akan bertamnah mengerti lagi saat itu .

   Aku tak mampu lagi berbicara tentang jiwa yang berdarah ni . Aku hanya ingin ucapkan selamat tinggal buat yang pernah dicintai oleh si dungu ini . Selamat tinggal selamanya . Aku bawa hati ini bersama tanpa perlu menitipkannya lagi untuk kau .

              oktober , Amira Atiya . pg//184-187

A Z N I



Disclaimer

Hi, im AZNI. Steal anything what u can steal underline strike



« TWITTER - @Aznieeyy
« FACEBOOK - Azni Rsydh
« INSTAGRAM - aznirsydh_ .
« Anything here . just CLICK

STATUS

-
Back to past



Credits


Template :
Edited :
AZNI
Helped : ,
Background :
Meet The Owner


Hallo, im Azniy.Im young =D Hahahaha . I made this template by myself !! NO RE-EDIT
Change w/ your own profile .